Thursday, June 13, 2013

Program motivasi di Rumah Anak Yatim,Klang



UNIVERSITI KUALA LUMPUR KAMPUS KOTA
MALAYSIAN INSTITUTE OF INFORMATION TECHNOLOGY



PROGRAM MOTIVASI BERSAMA ANAK-ANAK YATIM SG. PINANG 2013

Nama Ahli
:
1.    Muhamad Sukri B. Abu Bakar
2.    Aiman Abd. Aziz
3.    Mohd. Noor Abd. Hafiqq
4.    Mohd. Noor Izwan B. Mohd Zaki
5.    Mohd. Aizzudin B. Mohd. Shukor
6.    Mohd. Syahirun Amin B. Che Jamin
7.    Abdul Aziz B. Zainuddin
8.    Abdul Rahim B. Mohamad
9.    Nazirul Banin
Nama Pensyarah
:
ustazah  Wardatul Aishah bt Musa
Tarikh Hantar
:
25 April 2013

1.0  Pengenalan
Pada 14 April dan 28 April 2013, sekumpulan pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) telah menganjurkan satu Program Motivasi bersama anak-anak yatim di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Sungai Pinang, Klang. Ia terbahagi kepada 3 slot, iaitu Bengkel IT, Ceramah Agama dan Ceramah KePimpinan dan Kerjaya. Program ini diseliakan oleh Ustazah Wardatul Aishah Musa untuk subjek Rakan Masjid. Ia diadakan selama 2 hari pada hari Ahad. Seramai 9 orang pelajar UNIKL telah mengikut serta menjayakan program ini. Anak-anak yatim yang terlibat seramai 55 orang, berusia diantara 6 tahun sehingga 17 tahun.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melahirkan anak-anak muda yang celik IT supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus yang serba membangun. Ia juga bertujuan untuk memimpin mereka menjadi lebih berdaya saing, cekap dan berpengetahuan luas. Tidak juga dilupakan untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dan keagamaan untuk melatih mereka menjadi seorang insan muslim yang berilmu, beriman dan berperibadi mulia. Selain itu, program ini juga boleh dijadikan latihan kepada tenaga-tenaga pengajar untuk mengasah kemahiran dalam komunikasi dengan semua peringkat umur. Semangat kerjasama, berdisiplin dan berusaha lahir dikalangan pengajar dan anak-anak yatim.


2.0  Objektif
·         Membentuk mahasiswa yang berdisplin dan berkeyakinan dalam urusan serta bertanggungjawab dalam mengendalikan tugas yang diberikan.

·         Memberikan kesedaran di kalangan mahasiswa tentang kepentingan sikap prihatin terhadap program kemasyarakatan.

·         Melahirkan mahasiswa yang serba boleh serta berwibawa dalam membantu masyarakat.

·         Melatih mahasiswa dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan.

·         Mendedahkan anak-anak muda tentang pentingnya kerjaya dan menggunakan sebilangan perisian komputer dan laman sesawang.

·         Meningkatkan pengetahuan para pelajar supaya mereka menjadi seorang insan muslim yang berilmu, beriman dan berperibadi mulia.

·         Merapatkan lagi ukhwah dan silaturrahim antara mahasiswa UNIKL serta pihak pengurusan dan anak-anak yatim.


3.0  Program Dan Pengisian
Program ini dijalankan pada hari ahad sahaja, iaitu pada 14 dan 21 April 2013. Berikut adalah aktiviti yang dijalankan sepanjang kami berada di rumah anak yatim Sg. Pinang,Klang.
Ahad, 14hb April 2013
07.00 AM
Para fasilatator berkumpul di Unikl City Campus
07.30 AM
Bertolak ke Sg. Pinang, Klang.
08.00 AM
Tiba di rumah anak yatim dan memulakan persediaan untuk program.

Pembukaan
08.15 AM
Majlis pembukaan bersama pengetua dan anak-anak yatim.

Program slot 1: Bengkel IT
08.45 AM
'Ice Breaking'
09.00 AM
Pengenalan asas komputer.
10.30 AM
Bengkel Penggunaan Microsoft Word & Microsoft Power Point
12.30 PM
Makan tengah hari
01.10 PM
Sembahyang Zohor
02.00 PM
Melawat kawasan sekitar rumah anak yatim
03.00 PM
Bertolak balik ke di Unikl City Campus
Ahad, 21hb April 2013
07.00 AM
Para fasilatator berkumpul di Unikl City Campus
07.30 AM
Bertolak ke Sg. Pinang, Klang.
08.00 AM
Tiba di rumah anak yatim dan memulakan persediaan untuk program.

Program slot 2: Ceramah Agama
08.15 AM
Ceramah akhlak seorang mukmin
10.30 AM
Asas Ibadah solat
12.30 PM
Makan tengah hari
01.10 PM
Sembahyang Zohor

Program slot 3: Bengkel kepimpinan & kerjaya
02.00 PM
Ceramah kepimpinan
03.00 PM
Ceramah kerjaya dalam bidang IT & Pengajian di UniKL

Penutup
04.30 PM
Majlis penutup program
05.00 PM
Sembahyang Asar
05.30 PM
Bertolak balik ke di Unikl City Campus


4.0  Kaedah Pelaksanaan
Terdapat beberapa aktiviti utama yang akan dijalankan sepanjang dua hari aktiviti tersebut dan berikut  merupakan kaedah pelaksanaan aktiviti tersebut.

4.1  'Ice Breaking'
Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama dalam Program Motivasi Bersama Anak-Anak Yatim Sg. Pinang. Aktiviti ini hanya melibatkan anak-anak yatim yang belajar peringkat sekolah menengah iaitu seramai 15 orang sahaja, dimana mereka ini jugalah yang akan terlibat dengan slot bengkel IT. Dalam aktiviti ini, para fasilitator memperkenalkan diri masing-masing dan ketua program menerangkan lagi dengan lebih lanjut perjalanan program motivasi ini. Selepas sesi ini selesai, kami teruskan pula dengan sesi perkenalan dengan anak-anak yatim ini. Antara soalan yang diajukan adalah latar belakang mereka, tempat mereka belajar dan minat mereka dalam bidang IT serta kerjaya yang mereka impikan dalam bidang ini.

4.2  Pengenalan asas komputer
Sebelum aktiviti ini bermula, anak-anak yatim ini dipecahkan kepada sembilan kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada dua orang dan selebihnya seorang satu . Tujuan mereka dipecahkan kerana ada diantara mereka yang mahir sedikit dan selebihnya kurang mahir serta ada yang tidak tahu menggunakan computer. Kami kumpulkan meraka dengan yang mahir dan kurang mahir dalam satu kumpulan dan meraka ini akan dibantu oleh para fasilitator dalam meyelesaikan masalah dan membimbing mereka dalam aktiviti ini. Aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan mereka tentang dunia IT dan sejarah kumputer, seterusnya memperlihatkan mereka dengan komponen dalam sesebuah komputer. Selepas sahaja aktiviti ini selesai, kami membuat kuiz kepada anak-anak yatim ini dan  memberikan mereka hadiah kepada mereka yang menjawab soalan kami.    

4.3  Bengkel penggunaan Microsoft Word & Microsoft Power Point
Aktiviti ini dijalankan selepas aktiviti pengenalan asas komputer. Masih lagi melibatkan anak-anak yatim tadi, cuma setiap kumpulan (Sembilan kumpulan) diberikan sebuah laptop untuk mereka melakukan aktiviti kedua ini. Sesi pertama aktiviti ini, mereka didedahkan dengan asas penggunaan dalam Microsoft word dan juga Microsoft Power Point. Kami juga ada membuat pertandingan dalam sesi kedua aktiviti ini iaitu membina slide berkenaan biodata diri yang paling menarik. Setiap kumpulan dipanggil ke hadapan untuk mempersembahkan slide masing-masing.

4.4  Melawat kawasan sekitar rumah anak yatim
Aktitivi ini dijalankan selepas sembahyang zohor. Kami melawat setiap kawasan sekitar rumah kebajikan ini dan mengambil gambar untuk report kami. Kami melawat kedua asrama mereka iaitu asrama putera dan asrama puteri. Semasa lawatan kami, anak-anak yatim ini menyambut meriah diatas kedatangan kami dan kami ada juga melayani dengan mereka bagi memeriahkan lagi suasana di asrama tersebut. Selepas itu, kami melawat kantin dan melihat mini library mereka yang bersebelahan dengan pejabat pengetua mereka.

4.5  Ceramah akhlak seorang mukmin
Ceramah yang diadakan bertajuk akhlak seorang mukmin. Aktiviti ini dijalankan pada hari kedua dan merupakan aktiviti yang pertama pada hari tersebut. Untuk aktiviti ini, kami melibatkan semua anak-anak yatim dari peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Ceramah ini diadakan bagi mendedahkan mereka tentang gejala sosial yang semakin meruncing dikalangan remaja hari ini. Mereka juga diajar supaya menjadi seorang belia yang berwibawa, bahkan mereka juga diberi nasihat supaya menghormati dan menyayangi orang disekeliling mereka walaupun mereka sudah tiada ibubapa.

4.6  Asas Ibadah solat
Aktiviti ini diadakan selepas sahaja sesi ceramah akhlak seorang mukmin, anak-anak yatim diminta ke surau yang terletak di tingkat atas dewan. Dalam sesi ini kami melibatkan semua anak-anak yatim dalam anggaran 20 orang. Mereka didedahkan dengan asas ibadah solat, kami juga mengajar mereka tentang menunaikan solat dengan betul dan memperbetulkan jika mereka melakukan kesalahan dalam mengerjakan solat. Tujuan kami dedahkan mereka dengan aktiviti ini adalah kerana, mereka masih lagi kanak-kanak dan kami merasakan aktiviti ini sangat sesuai dijalankan bagi membetulkan dan menerangkan dengan lebih mendalam pengertian seorang muslimin dan muslimah menjalankan ibadah solat.  

4.7  Ceramah kepimpinan
Selepas sembahyang zohor, kami teruskan pula dengan aktiviti ceramah kepimpinan. Untuk aktiviti ini kami hanya libatkan anak-anak yatim yang bersekolah peringkat menengah sahaja. Aktiviti ini kami lebihkan pengenalan kepada sistem organisasi sekolah dan kepentingan mereka sebagai seorang pelajar untuk berbakti kepada sekolah mereka, seterusnya dapat melahirkan seorang pelajar yang berkeyakinan dan mempunyai sifat kepimpinan.

4.8  Ceramah kerjaya dalam bidang IT & Pengajian di UniKL
Aktiviti ini adalah yang terakhir bagi slot program kami. Untuk slot ini kami memfokuskan kepada penerangan tentang kerjaya IT di Malaysia dan peluang pekerjaan dalam sektor ini. Seterusnya, kami mempersembahkan pula peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang IT di Universiti Kuala Lumpur City Campus. Selain itu kami juga menerangkan kepada mereka tentang program-program lain yang mereka boleh ambil selain bidang IT di seluruh Universiti Kuala Lumpur seluruh Malaysia. Tambahan lagi, bagi merancakkan lagi perjalanan program ini, kami selitkan juga tayangan video hasil daripada karya pelajar university dan juga tayangan aktiviti di campus khususnya program open day Universiti Kuala Lumpur. 



5.0  Maklumbalas Pelajar
Secara keseluruhannya semua pelajar berpuas hati dengan program yang telah dijalankan ini kerana ia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli kumpulan kami sendiri, malah dapat menjalinkan hubungan silaturrahim diantara pelajar-pelajar di sekolah anak-anak yatim dan pihak mereka yang terlibat.

Selain daripada itu, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan bersatu hati sebelum, semasa, dan selepas melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan oleh pensyarah subjek ini dan ketua program ini. Tidak ketinggalan juga, program ini secara tidak lansung telah dapat memupuk semangat sukarelawaan dan amal kebajikan serta  dapat memberikan pengalaman yang baru kepada ahli yang terlibat dalam melakukan kerja amal ini. Mereka berharap agar program Bersama Anak-Anak Yatim ini dapat diteruskan supaya mahasiswa/mahasiswi dapat mengisi masa lapang mereka.

6.0  Penutup
Program Bersama Anak-Anak Yatim yang dijalankan ini dapat memberi peluang kepada mahasiawa/mahasiswi untuk merasakan pengalaman baru dalam menguruskan sesuatu aktiviti sebagai fasilatator tetapi secara khususnya dapat menjalinkan hubungan yang baik, berdisplin dan bertanggungjawab dikalangan mahasiswa/mahasiswi . Tanpa program seperti ini, mahasiswa/mahasiswi tidak akan dapat mempelajari atau belajar mengendalikan aktiviti. Para mahasiswa/mahasiswi juga dapat menjaga nama baik UNIKL dan sekaligus dapat menaikkan nama UNIKL itu sendiri.

Kesimpulannya, setiap ahli kumpulan yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan program ini. Oleh itu,diharap agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada semester yang akan dating.

Akhir sekali, Jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam menjayakan Program Bersama Anak-Anak Yatim ini.
















No comments:

Post a Comment