Alhamdulillah, berkesempatan lagi untuk bersama dengan anak murid pergi buat kerja lapangan ke negeri Melaka. antara negeri yang tiada beraja di Malaysia. Penting untuk lakukan tugasan kerja lapangan bagi memberi pendedahan kepada pelajar untk belajar dapatkan maklumat dari sumber yang tepat selain dari mengharapkan buku-buku yang telah dikarang oleh para penulis yang berautoriti.
selain itu, projek kajian lapangan juga boleh menarik minat pelajar untuk mengurus diri dalam mempersiapkan proposal dan tindakan2 yang perlu di ambil sebelum, semasa dan selepas projek agar projek yang dijalankan berjalan dengan lancar.
Projek
yang dilakukan secara empirikal mampu memberi kefahaman kepada pelajar.
pensyarah harus memberi galakan kepada pelajar untuk lebih menghargai
tinggalan-tinggalan sejarah agar sejarah-sejarah lampau dapat di ambil
iktibar oleh mereka.Diharapkan projek-projek sebegini mampu memberi minat kepada pelajar untuk lebih mengkaji dan mengetahui sejarah negara agar semangat cintakan negara kuat dalam diri pelajar serta memberi pengalaman yang baik untuk mereka.
**untuk mama pula:
- memberi pendedahan kepada umair tentang pentingnya untuk tahu sejarah.
- kutip pengalaman dan ilmu
- banyak ilmu yang umair belajar sepanjang program jelajah ilmu berdasarkan responnya yang mengatakan "dia ada belajar kat sekolah pasal ni, pasal ni n etc"
- berjaya untuk sesuaikan diri dengan abang-abang dan kakak-kakak (social skills)'
- tambah praktis untuk gunakan rukhsah solat
















No comments:
Post a Comment